Kalau kita penjual. Kita memang akan fikir sebagai penjual. Jarang… — TulisAds 🖊 — TG.ME

Kalau kita penjual. Kita memang akan fikir sebagai penjual.

Jarang kita fikir "apa user lalu sebelum beli"

Terbalik.

Kena paksa diri.

Sebab tu kalau buat bahan tu kena pastikan ada pelbagai jenis bahan. Bukan satu jenis bahan je. Creative tu bukan satu jenis je nak dibuat.

Banyak jenis.

Bila banyak jenis, tak kira lah text based ke... imej ke.. video ke... Senang orang terasa nak membeli.

Jangan tunjuk testimoni je.

Jangan tunjuk BTS (Behind the Scene) punya konten je.

Pelbagaikan.

Cara menjual pun kena pelbagai kalau boleh.

Kalau tak boleh, cuba buat jenis konten menjual yang pelbagai.

Boleh study Eugene Schwartz kalau nak.

- Abdul Rahman @ Tulis Ads

TT: https://www.tiktok.com/@arahmansamad

Rainmaking Playbook + Custom GPT: https://tulisads.com/
August 19, 2026 1.2K 5