Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau... (Surah Al-Baqarah: 128)
Ini menunjukkan bahawa kesedaran ibu bapa adalah hadiah terbesar untuk anak.
4 LANGKAH PRAKTIKAL MENYEMBUHKAN DIRI DEMI ANAK
Anda tidak perlu menjadi ibu bapa yang sempurna. Anda hanya perlu menjadi ibu bapa yang sadar dan sedang berusaha sembuh.
Langkah 1: Oxygen Mask Dahulu (Self-Regulation sebelum Co-Regulation)
Dalam kapal terbang, anda diajar pakai topeng oksigen sendiri dahulu sebelum tolong anak.
Bila anak tantrum atau buat hal, JANGAN terus react.
Gunakan protokol yang sama dari Episod 2... BERHENTI → NAFAS → TANYA
1. Berhenti - Jangan terus marah atau jerit.
2. Nafas - Tarik nafas dalam (4-2-6). Tenangkan sistem saraf anda dahulu.
3. Tanya - Adakah ini tentang anak saya, atau ini tentang trauma lama saya?
Bila anda tenang, anak akan secara automatik mula merasa selamat dan ikut tenang.
Langkah 2: Memaafkan Diri Sendiri & Luka Lama
Ramai ibu bapa membawa trauma zaman kecil mereka (dimarahi, dihina) dan secara tidak sedar memuntahkan ia kepada anak.
Luangkan masa untuk berkata, Ya Allah, aku maafkan diriku yang pernah terluka. Aku tidak akan ulangi corak yang menyakitkan ini dalam hidup anakku.
Langkah 3: Zikir Sebagai Perisai di Rumah
Jadikan rumah tempat yang penuh dengan gelombang zikir, bukan jeritan.
Bila rasa nak meletup, ubah frekuensi jiwa dengan menyebut Astaghfirullah atau Ya Latif (Yang Maha Lembut) secara perlahan dan merasai maksudnya sehingga boleh bergetar jiwa.
Anak akan belajar bahawa emosi boleh dikawal dengan zikir, bukan dengan kekerasan.
Langkah 4: Sentuhan Belas Kasihan (Compassionate Touch)
Sentuhan lembut dan pelukan yang sesuai boleh membantu memberikan rasa selamat dan hubungan emosi.
Tetapi penting...
- Jangan paksa peluk jika anak tidak mahu disentuh.
- Hormasi ruang dan batas anak.
- Kadang-kadang, hanya duduk di sebelah mereka sudah cukup.
Anak perlu rasa bahawa mereka mempunyai pilihan, bukan dipaksa.
APA YANG AKAN KITA BINCANG SELANJUTNYA?
Kita sudah tahu bahawa kesedaran ibu bapa adalah kunci kepada jiwa anak yang sihat.
Tetapi soalan paling praktikal sekarang ialah:
Macam mana nak pastikan kesedaran ini aktif setiap hari, walaupun dunia luar sangat bising dan mencabar?
Adakah ada satu ritual ringkas yang boleh kita buat setiap pagi untuk "menyelaraskan" sistem dalaman kita sebelum kita berinteraksi dengan anak, pasangan, atau dunia?
Dalam episod seterusnya, kita akan bongkar RITUAL PAGI PEMBUKA PINTU, Gabungan Niat, Zikir & Visualisasi Berkesan.
Simpan ruang ini. Kita sambung kemudian.
Tanya diri anda (terutama untuk ibu bapa)...
1. Bila anak saya buat hal, adakah reaksi saya datang dari kesedaran, atau dari trauma/luka lama saya sendiri?
2. Apakah satu langkah kecil yang boleh saya ambil hari ini untuk menenangkan sistem saraf saya sendiri dahulu?
Bersambung...