Pernah tak kamu berjanji pada diri sendiri...
Aku takkan ulang kesilapan lama. Kali ini, aku akan cari yang betul-betul baik.
Tapi 6 bulan atau 1 tahun kemudian...
Kamu sedar kamu sedang berada dalam situasi yang sama.
Dengan orang yang mempunyai sifat yang sama.
Merasa sakit hati dengan cara yang sama.
Kenapa jadi macam ni?
Adakah kamu memang tidak bernasib baik dalam jodoh?
Atau ada sesuatu dalam sistem dalaman kamu yang secara tidak sedar menarik orang itu masuk?
ANALOGI MAGNET YANG MENARIK BESI YANG SAMA
Bayangkan jiwa kamu seperti sebuah magnet.
Magnet tidak memilih untuk menarik besi.
Ia hanya menarik apa yang selari dengan medan magnetnya.
Jika jiwa kamu mempunyai luka lama (trauma ditinggalkan, rasa tidak dihargai, atau rasa tidak selamat), medan magnet dalaman kamu akan secara automatik mencari orang yang selari dengan luka itu.
Bukan kerana kamu tak pandai memilih.
Tetapi kerana sistem dalaman kamu kenal dan selesa dengan corak yang sama, walaupun ia menyakitkan.
Otak bawah sedar berkata...
Aku tak tahu macam mana nak berada dalam hubungan yang sihat. Tapi aku tahu macam mana nak bertahan dalam hubungan yang toksik. Ini 'rumah' yang aku kenal.
P/s: Trauma bukan magnet sebenar, itu hanya analogi. Tetapi pengalaman lama boleh membentuk corak perhatian, jangkaan, emosi dan pemilihan pasangan sehingga kita lebih mudah tertarik kepada sesuatu yang terasa familiar.
ATTACHMENT THEORY & REPETITION COMPULSION
Dalam psikologi, fenomena ini diterangkan melalui dua konsep utama:
1. Attachment Theory (Teori Kelekatan)
Cara kita berinteraksi dengan ibu bapa atau penjaga zaman kecil membentuk blueprint hubungan kita dewasa ini. Ada 3 corak utama:
- Secure (Selamat): Tenang, percaya, dan selesa dengan keintiman.
- Anxious (Cemas): Sentiasa takut ditinggalkan, terlalu clingy, perlukan validasi berterusan.
- Avoidant (Mengelak): Takut terlalu dekat, menarik diri bila hubungan jadi serius, rasa tercekik bila partner minta komitmen.
2. Repetition Compulsion (Paksaan Pengulangan)
Dalam tradisi psikoanalisis, Freud menggunakan konsep repetition compulsion untuk menerangkan kecenderungan manusia mengulang corak pengalaman tertentu dan mengulang trauma lama secara tidak sedar.
Kenapa? Kerana otak cuba menyelesaikan situasi lama dengan harapan kali ini hasilnya akan berbeza.
Contoh: Perempuan yang ayahnya dingin, secara tidak sedar akan tertarik pada lelaki yang dingin, dengan harapan Kali ini, aku boleh buat dia sayang aku atas sebab corak familiar itu kesan pengalaman hidup.
Malangnya, corak ini biasanya berakhir dengan kekecewaan yang sama. (attachment + conditioning + familiarity + emotional learning)
HUKUM PADANAN & TUJUAN SEBENAR JODOH
Allah telah menetapkan hukum alam yang sangat tepat tentang jodoh. Ia bukan rawak. Ia adalah padanan.
Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk perempuan-perempuan yang keji. Dan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik... (Surah An-Nur: 26)
Ayat ini bukan untuk menghukum, tetapi untuk menerangkan realiti.
Sistem dalaman (dalam erti kata luka, ego, atau trauma yang tidak sembuh) akan cenderung bertemu dengan sistem yang sama atau lebih tepatnya familiar.
Untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita perlu membersihkan medan magnet dalaman kita dahulu.
TAPI realiti kehidupan sendiri menunjukkan perkara ini tidak sesederhana itu.
Orang yang baik boleh mendapat pasangan yang buruk dengan ujian ujian tertentu.
Nabi Nuh a.s mempunyai isteri yang tidak beriman.
Nabi Lut a.s juga mempunyai isteri yang tidak beriman.
Dan dalam masa yang sama, manusia yang baik tidak semestinya terus mendapat pasangan yang ideal. Apapun tugas kita sentiasa berusaha kearah yang baik.
Dan apakah tujuan sebenar jodoh menurut Allah?

