MASJID USIA 100 TAHUN DIROBOHKAN DI INDIA, INI BUKAN INSIDEN BAHARU… — 1 Ummah — TG.ME

1 UmmahPhoto
MASJID USIA 100 TAHUN DIROBOHKAN DI INDIA, INI BUKAN INSIDEN BAHARU, SEJAK DAHULU BERAPA BANYAK DAH MASJID UMAT ISLAM DIROBOHKAN!

​Makin menjadi-jadi kezaliman yang berlaku ke atas warisan dan rumah ibadah umat Islam di India.

Sebuah lagi masjid bersejarah yang berusia lebih 100 tahun di dalam kawasan Saharanpur Collectorate, Uttar Pradesh, telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

​Langkah roboh ini dibuat selepas mahkamah daerah meluluskan perintah pengusiran dengan mendakwa masjid itu dibina di atas tanah kerajaan secara tidak sah.

Permohonan itu mula difailkan oleh pemimpin kumpulan pengganas Hindu Bajrang Dal, Vikas Tyagi, sebelum mahkamah bukan sahaja mengisytiharkan masjid ini haram, malah mengenakan denda tidak munasabah sebanyak Rs 6.41 crore (RM 2.75 juta) ke atas jawatankuasa masjid.

​Tindakan biadab ini nampaknya tindakan sistematik yang dilakukan untuk menghilangkan identiti Islam di India. Ataupun untuk menekan atau mengurangkan pengaruh Islam di India.

Puak Hindu di India ni memang anti dan jahat kepada Islam, bahkan menggunakan saluran kuasa untuk menindas umat Islam di sana?

Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT memelihara rumah-rumah Allah di seluruh dunia, melindungi umat Islam di India.
🤬16
September 6, 2026 481 3