Pengajaran Berdarah Perang Bosnia: Hakikat Al-Wala’ Wal-Bara’!
Pertalian persahabatan selama berpuluh tahun boleh hancur berderai dalam sekelip mata apabila kuasa dan fitnah Kuffar mengambil alih.
Pemimpin legenda Bosnia, Alija Izetbegović, pernah mendedahkan bagaimana jiran berbangsa Croatia yang dahulunya begitu ramah dan seperti keluarga sendiri, mendadak berubah menjadi penjahat kejam sebaik sahaja perang meletus. Mereka tergamak mahu merampas rumah, menghalau, dan merosakkan maruah keluarga jiran sendiri.
Tragedi hitam di Bosnia ini menjadi iktibar mahal tentang prinsip dasar Al-Wala’ wal-Bara’ (kesetiaan dan berlepas diri).
Sejarah dan al-Quran telah membuktikan bahawa golongan musyrik dan penindas, sebahagian besarnya hanya berjanji manis serta berpura-pura baik ketika mereka berada dalam keadaan lemah.
Sebaik sahaja mereka dapat menguasai, segala ikatan persahabatan, jiran tetangga, mahupun perjanjian terus dicampak ke tepi.
Allah SWT telah menegaskan hakikat ini dalam Surah At-Tawbah, ayat 8:
"Bagaimana mungkin (ada perjanjian), padahal jika mereka memperoleh keunggulan atas kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekeluargaan terhadap kamu dan tidak pula mengindahkan perjanjian. Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut meka, sedangkan hati mereka menolaknya. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
Penderitaan ini terpahat jelas dalam foto ikonik tahun 1995, menyaksikan seorang pejuang Bosnia menangis tersungkur di sebatang pokok selepas desanya dibebaskan, hanya untuk mendapati seluruh ahli keluarganya telah dibantai secara kejam oleh tentera Kuffar Serbia.
Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid