Sebab-sebab untuk mencapai kemenangan itu selalunya terasa berat bagi… — 1 Ummah — TG.ME

Sebab-sebab untuk mencapai kemenangan itu selalunya terasa berat bagi jiwa, malah kadangkala langsung tidak disukai oleh manusia.

​Sebagai contoh, sebahagian sahabat dahulu tidak menyukai Perang Badar kerana beratnya ujian pertempuran tersebut.

Namun, peristiwa itulah yang akhirnya menjadi pintu kemenangan besar bagi seluruh umat Islam.
​Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman maksudnya:

"Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkanmu dari rumahmu (wahai Muhammad) dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebahagian daripada orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya."
​(Surah Al-Anfal: 5)

(Tazkirah Syeikh Abdul Aziz ath-Tharifi hafizhahullah)

​Pelajaran Buat Kita:
Sesuatu yang terasa pahit dan berat pada pandangan mata kita hari ini boleh jadi merupakan jalan yang sedang Allah susun untuk memberikan kemenangan dan kebaikan yang lebih besar di masa hadapan.



Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid
💯5
September 7, 2026 260 1