Topeng "Taqrib" dan Realiti Perayaan Eid al-Zahra.
Laungan 'perpaduan mazhab' yang kerap dilaungkan oleh rejim Syiah Iran, kerap kali terbongkar sebagai propaganda murahan apabila amalan seperti Eid al-Zahra (atau Omar Koshan) masih dirayakan.
Perayaan yang diisikan dengan nyanyian dan pemakaian baju merah sebagai simbol gembira atas pembunuhan Saidina Umar bin Al-Khattab R.A oleh Abu Lu'lu'ah Al-Majusi, menelanjangkan hakikat sebenar doktrin mereka.
Bagaimana mungkin sesebuah kelompok mendakwa mahu menyatukan umat Islam sedangkan pada masa yang sama mereka merayakan hari pembunuhan pemimpin agung Islam dan sahabat karib Nabi SAW?
Pemakaian simbolik warna merah yang melambangkan tumpahnya darah Saidina Umar R.A adalah bukti bahawa dendam sejarah dan amalan celaan (tabarra') tetap menjadi teras yang disemaikan dalam jiwa pengikut mereka.
Slogan perpaduan hanyalah wayang politik untuk mengaburi mata dunia. Apabila pintu tertutup, amalan kebencian terhadap simbol suci Ahli Sunnah tetap diraikan dengan penuh rasa bangga!
Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid
Telegram
1 Ummah
1 Ummah

3
1September 6, 2026 104