Suasana Pilu Di Pameran Antarabangsa Damsyik: Gadis Syria Temui Nama Abangnya Yang Hilang Pada Pintu Penjara Rejim Syiah Basyar Asad!
Satu detik yang amat menyayat hati berlaku di Pameran Antarabangsa Damsyik (Damascus International Fair) apabila seorang gadis tempatan terkejut selepas menemui nama abangnya, Anas Awad, terukir pada pintu salah sebuah sel penjara kejam milik rejim zalim Asad yang dipamerkan kepada pengunjung.
Abangnya, Anas, telah diculik dan dihilangkan secara paksa oleh ejen keselamatan rejim selama bertahun-tahun dahulu tanpa sebarang khabar berita.
Pintu sel asal dari penjara tahanan tentera itu dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran visual bagi membongkar bukti kezaliman dan penindasan yang dialami rakyat Syria sepanjang era pemerintahan diktator.
Pertemuan tidak disengajakan itu bertukar menjadi suasana hiba yang mengalirkan air mata para pengunjung.
Ukiran nama pada pintu besi tersebut bukan sahaja menjadi bukti fizikal kewujudan abangnya di dalam 'rumah penyembelihan' Asad, malah menjadi simbol ketabahan puluhan ribu keluarga mangsa yang masih menanti keadilan serta pembongkaran misteri penghilangan insan tersayang.
Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid
Telegram
1 Ummah
1 Ummah

7
3September 6, 2026 366 1