Kebangkitan Kuasa Baharu Syria: Ancaman Ziӧлis Dan Strategi… — 1 Ummah — TG.ME

1 UmmahVideo
Kebangkitan Kuasa Baharu Syria: Ancaman Ziӧлis Dan Strategi Pertahanan Pantai Di Timur Mediterranean!


​Pavilion Khas Tentera Laut Syria di bawah Kementerian Pertahanan menjadi tumpuan utama di Pameran Antarabangsa Damsyik tahun ini.

Mesej yang dibawa cukup jelas: Syria sedang merebut kembali hak maritimnya yang sekian lama ditindas dan diabaikan oleh rejim terdahulu.

Di bawah kepimpinan Brigedier Jeneral Muhammad Al-Saud, seorang tokoh мцjӓhidiл dan perancang utama operasi Radd al-Udwan, usaha gigih sedang giat dijalankan untuk memodenkan dan membangunkan semula keupayaan tentera laut negara.

​Perkembangan ini mencetuskan kegelisahan di pihak Ziӧлis. Menteri Hal Ehwal Diaspora Isгӓёl, Amichai Chikli, secara terbuka menyuarakan ketakutan dengan menganggap Presiden Ahmad al-Sharaa (Abu Mohammad al-Jolani) sebagai "musuh utama seterusnya" buat Isгӓёl.

Dia menyamakan potensi ancaman ini seperti Yahya Sinwar, namun dengan kelebihan strategik kerana Syria menguasai dua pelabuhan utama dan kekuatan infrastruktur negara yang jauh lebih membahayakan.

​Sekiranya tercetus konfrontasi berskala besar, tentera laut Syria dijangka mengaplikasikan strategi pertahanan taktikal dan perang perimbangan (attrition war):

​Tugas Operasi Utama Tentera Laut Syria:

- ​Pertahanan Sempadan & Pelabuhan: Mengawal pelabuhan utama (Latakia, Tartus, dan Baniyas) menggunakan peluru berpandu penembak pantai ke laut seperti sistem Yakhont atau C-802 (dan variasi buatan tempatan).

- ​Ranjau Maritim: Penyebaran kawalan ranjau di pesisir pantai bagi menyekat percubaan pendaratan amfibia atau pergerakan kapal perang musuh.

- ​Serangan Hendap Pesisir: Memanfaatkan bot laju peluru berpandu mengikut garis muka bumi pantai menerusi taktik hit-and-run.

- ​Potensi Kerjasama Dan Sokongan Implisit Tentera Laut Turki:
​Perang Elektronik & Liputan Data: Keupayaan radar dan risikan Turki di Timur Mediterranean berupaya mengelirukan sistem pengesanan Ziӧлis serta menyalurkan maklumat kedudukan (real-time data) kapal perang/kapal selam musuh kepada tentera Syria.

- ​Zon Penampan Maritim & Laluan Bekalan: Kehadiran armada Turki (anggota NATO) di perairan antarabangsa mengehadkan ruang manuver Isгӓёl, sekali gus menghalang kepungan laut total dan menjamin laluan logistik ke pelabuhan Syria.

​(Dahulu rejim Syiah Asad biar laut Syria terbiar tanpa pertahanan, kini pentadbiran baharu mula bina taring... Patutlah propagandis Ziӧлis dan Puak Syiah dah mula gelisah dan meracau!)


Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid
Telegram
1 Ummah
1 Ummah
👍14❤5🤣2
September 2, 2026 390 2