KRISIS DI BAITULMAQDIS MAKIN PARAH SEPANJANG OGOS, PENDATANG HARAM… — 1 Ummah — TG.ME

KRISIS DI BAITULMAQDIS MAKIN PARAH SEPANJANG OGOS, PENDATANG HARAM YAHUDI MAKIN MELAMPAU!

Sepanjang bulan Ogos lepas, situasi di kota Baitulmaqdis makin tegang akibat tindakan penjajah Israel yang makin agresif sasar rakyat Palestin, harta benda, dan tempat-tempat suci.

Sepanjang bulan ogos sahaja, 2 rakyat tempatan dibunuh, 73 orang mengalami kecederaan, dan 113 orang lagi telah ditangkap secara haram.

Malah, lebih 8,000 pendatang haram Yahudi dilaporkan menceroboh masuk ke dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Segala bentuk penindasan ini, daripada serbuan, tangkapan, rompakan tanah, sampai ke sekatan ketat terhadap para jemaah yang nak solat semakin meningkat dengan niat untuk hapuskan identiti dan kehadiran rakyat Palestin di kota suci itu!

HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIIL
❤3🤬3
September 4, 2026 181