DUA WARTAWAN WANITA MUSLIMAH DIANIAYAI OLEH POLIS DELHI!
Dua orang wartawan wanita Muslimah dari agensi media 4PM News Network, Shaheen Khan dan Nafisa Khan, telah ditahan dan dipukul dengan kejam oleh pihak polis di Delhi sewaktu menjalankan tugas.
Kejadian ini berlaku di Saket, Delhi, sewaktu mereka cuba bertanyakan soalan kepada Ketua Menteri.
Kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke balai polis.
Paling menyedihkan, Shaheen memberitahu bahawa kekerasan polis menjadi semakin teruk sebaik sahaja mereka mendapat tahu bahawa beliau dan rakan tugasnya adalah beragama Islam.
Shaheen mendedahkan, sewaktu pegawainya melihat panggilan masuk pada telefon bimbitnya yang tertera nama "Mohammed", pegawai polis di situ terus melontarkan kata-kata kesat dan mengarahkan mereka dipukul lebih teruk lagi dengan kayu semata-mata kerana identiti Islam mereka.
Sakit betul hati dengan apa yang berlaku kepada saudara seIslam kita di India.
Sikap diskriminasi dan penindasan semakin melampau, malah secara terang-terangan melibatkan pihak berkuasa, tokoh agama Hindu, hinggalah ke peringkat pemimpin politik di sana.
Sikap prejudis dan kebencian terhadap identiti Islam ini bukan lagi perkara terpencil, tetapi seolah-olah mendapat sokongan sistemik daripada pelbagai lapisan masyarakat sehinggalah pemimpin mereka.
Pihak berkuasa dan Polis mempergunakan kuasa untuk menganiaya, menahan tanpa sebab, serta menggunakan kekerasan fizikal terhadap umat Islam hanya disebabkan nama dan pegangan agama mereka.
Pemimpin politik pula menggunakan sentimen kebencian agama sebagai bahan politik untuk meraih sokongan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang tidak selamat bagi minoriti Muslim.
Tokoh agama Hindu yang ekstrim pula menyebarkan naratif kebencian, ucapan provokasi, dan menghalalkan tindakan ganas terhadap komuniti umat Islam tanpa rasa bersalah.
Tindakan menindas sesama manusia atas dasar kebencian agama ini adalah satu bentuk kezaliman yang amat nyata. Hak asasi, kebebasan, dan keselamatan umat Islam di sana terus dinafikan.
HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIIL
16
1September 5, 2026 464