PENDATANG HARAM PANJAT BUMBUNG RUMAH PALESTIN, MENGAKU TANAH ITU… — 1 Ummah — TG.ME

PENDATANG HARAM PANJAT BUMBUNG RUMAH PALESTIN, MENGAKU TANAH ITU DIJANJIKAN ALLAH UNTUK YAHUDI

Tengoklah gelagat pendatang haram Yahudi Israel di kampung Turmusaya, utara Ramallah ini.

Tanpa segan dan silu memanjat bumbung rumah sebuah keluarga Palestin semata-mata nak rampas kediaman tersebut.

Bila ditanya, dengan selamba penceroboh ini mendakwa tanah itu milik orang Yahudi dan siap cakap, "Allah yang janjikan tanah ini untuk saya."

Mereka guna pelbagai alasan dangkal untuk halau penduduk asal yang dah tinggal di situ turun-temurun.

Tak dapat kita bayangkan perasaan keluarga di sana yang terpaksa berdepan gangguan dan ancaman gangguan sebegini setiap hari di rumah sendiri dan dalam masa yang sama tidak mampu melakukam apa-apa untuk menentang.

Sama-sama kita doakan agar Allah SWT beri perlindungan, ketabahan, dan kekalkan hak milik saudara kita di Palestin
🤬14👍1🔥1💩1
September 5, 2026 475 1