RAKYAT ISRAEL BERKERAKYATAN TURKI YANG PERNAH MENYERTAI TENTERA… — 1 Ummah — TG.ME

RAKYAT ISRAEL BERKERAKYATAN TURKI YANG PERNAH MENYERTAI TENTERA PENGGANAS ISRAEL KINI DIBURU DI TURKI!

Beberapa organisasi tempatan di Turki mula menjejaki mana-mana rakyat Israel yang ada kerakyatan Turkiye dan pernah berkhidmat dengan tentera penjajah Israel.

Usaha ini dibuat dengan memantau akaun media sosial mereka, mengenal pasti unit tentera mana yang mereka sertai, dan mengumpul maklumat berkaitan.

Malah, ada dua pertubuhan di Turki yang sedang membina pangkalan data khas untuk kumpul bukti kukuh bagi failkan kes jenayah kepada mahkamah dan pihak berkuasa Turki.

Langkah ini sekurang-kurangnya memberi amaran jelas bahawa tiada sesiapa yang boleh bersembunyi atau terlepas begitu sahaja selepas terlibat dalam kezaliman ke atas saudara-saudara kita.
👏13👍3
September 5, 2026 231 1