TONY BLAIR DIDAKWA PAKSA PADAM PERKATAAN "PALESTIN" DALAM BUKU TEKS SEKOLAH DI PALESIN!
Bekas Duta Besar UK ke PBB, Jeremy Greenstock, mendedahkan satu perkara yang cukup mengejutkan.
Dia mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri UK, Tony Blair, pernah mendesak Pentadbiran Palestin (PA) untuk buang perkataan “Palestin” daripada buku teks sekolah mereka!
Bukan sekadar minta padam, tapi Blair yang dikatakan bertindak atas jawatan dalam lembaga tajaan Donald Trump turut minta perkataan itu digantikan dengan istilah "Samaria", iaitu gelaran yang diguna oleh Israel untuk merujuk kepada wilayah Tebing Barat yang dijajah.
Walau bagaimanapun, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, terus menolak mentah-mentah tuntutan melampau tersebut.
Sementara itu, pihak Blair’s Institute for Global Change pula tampil menafikan dakwaan berkenaan.
Kisah ini jelas menunjukkan betapa hebatnya tekanan yang cuba mengenepikan identiti dan sejarah asal bumi Palestin, sampai ke peringkat buku sekolah anak-anak pun cuba diganggu.

6September 4, 2026 189