MENTERI LUAR ISRAEL KAITKAN KOMUNITI UMAT ISLAM DENGAN SENTIMEN ANTI-SEMITIK!
Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar, baru-baru ini ada keluarkan kenyataan yang cukup mencuri tumpuan dalam satu wawancara media.
Dia mendakwa sentimen anti-Semitik sekarang ini seolah-olah "kembali popular" balik di peringkat antarabangsa.
Apa yang buat ramai terkejut, dia secara terang-terang petik dan kaitkan hal ni dengan kehadiran komuniti umat Islam yang makin berkembang di sesetengah negara, terutamanya dalam kalangan kelompok haluan kiri di Eropah.
Sekarang ini, makin ramai orang di seluruh dunia telah nampak dan tahu serta dah mula bersuara menentang tindakan keganasan dan kekejaman mereka di Gaza.
Manusia waras pasti dapat menilai!
3September 4, 2026 205