TOLONG DOAKAN ADIK SILA ABU KARIM! DIA BARU 6 TAHUN, KINI SUKAR DUDUK… — 1 Ummah — TG.ME

TOLONG DOAKAN ADIK SILA ABU KARIM! DIA BARU 6 TAHUN, KINI SUKAR DUDUK DAN BERDIRI AKIBAT SERANGAN KEJAM ISRAEL DI GAZA

Sebak hati bila dengar kisah adik Sila Abu Karim yang baru berumur 6 tahun ini.

Adik Sila mengalami luka parah akibat terkena serpihan bom di Kem Pelarian Al-Maghazi, bahagian tengah Gaza.

Kesan daripada kecederaan itu, tulang belakangnya mengalami kerosakan yang sangat serius.

Sekarang ini, adik Sila memang sukar hendak duduk apatah lagi hendak berdiri macam kanak-kanak lain.

Keadaan adik Sila ini perlukan rawatan perubatan segera yang tidak boleh ditangguh lagi. Dia sangat perlukan laluan keluar dari Gaza untuk dapatkan rawatan khas dan pemulihan di luar.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri keajaiban kesembuhan buat adik Sila, hilangkan kesakitannya, dan bukakan jalan untuk dia dapatkan rawatan secepat mungkin.

Bantu share post ini untuk sebarkan keprihatinan dan ingatkan kita semua tentang penderitaan anak-anak di Gaza!
😢4
September 4, 2026 197