KUALITI AIR DI GAZA MAKIN MEMBIMBANGKAN! WHO AMARAN RISIKO WABAK… — 1 Ummah — TG.ME

KUALITI AIR DI GAZA MAKIN MEMBIMBANGKAN! WHO AMARAN RISIKO WABAK MENJELANG MUSIM HUJAN!

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran keras mengenai kualiti air bersih yang semakin merosot di Gaza, sekali gus meningkatkan risiko penularan penyakit berbahaya kepada jutaan penduduk yang berlindung di sana.

Ancaman ini dijangka menjadi lebih parah menjelang musim hujan tidak lama lagi.

Limpahan air banjir dikhuatiri akan membawa sisa kumbahan dan kotoran tercemar terus ke kawasan khemah-khemah pelarian.

Wakil WHO bagi wilayah Palestin yang dijajah, Reinhilde Van de Weerdt, memaklumkan bahawa pencemaran mikrobiologi dalam sampel air di Gaza melonjak tajam sejak awal tahun 2026.

Daripada ujian ke atas lebih 6,500 sampel air, kadar pencemaran yang dulunya di bawah 6 peratus pada Januari kini melambung tinggi sehingga hampir 20 peratus pada Ogos.
🤬6❤1
September 4, 2026 316 1
KUALITI AIR DI GAZA MAKIN MEMBIMBANGKAN! WHO AMARAN RISIKO WABAK… — 1 Ummah — TG.ME