KEBAKARAN HUTAN DI ALGERIA, RAKAMAN SEBELUM DAN SELEPAS YANG CUKUP MENYAYAT HATI
Satu perkongsian video tular memaparkan perbandingan cukup ketara kat kawasan Jijel, Algeria sebelum dan selepas dilanda kebakaran hutan yang dahsyat.
Kawasan pergunungan yang tadinya cukup indah dan menghijau bertukar menjadi pemandangan yang amat menyedihkan.
Pokok-pokok menghitam terbakar, asap tebal memenuhi langit, dan marakan api merah kelihatan membakar kawasan bukit-bukau kat situ.
Bencana alam seperti ini memang betul-betul ingatkan kita tentang betapa kerdilnya manusia dan betapa sekejap saja keindahan alam boleh berubah.
Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan dan Allah kurniakan ketabahan buat seluruh penduduk di sana.
6September 4, 2026 245 2