DETIK CEMAS KETIKA API MARAK MENGEPUNG RUMAH SEORANG PENDUDUK DI JIJEL, ALGERIA!
Satu rakaman video yang sangat menakutkan tular memaparkan detik-detik cemas seorang penduduk di Jijel, Algeria, apabila rumahnya dikepung marakan api kebakaran hutan yang mengganas.
Menerusi rakaman tersebut, cermin tingkap rumahnya bertukar warna merah membara akibat bahang dan marakan api yang terlalu dekat di luar rumah.
Cuma beberapa meter saja lagi sebelum api dapat masuk.
Dalam keadaan panik dan gementar, pemilik rumah itu tak berhenti-henti menyebut zikir mengingati Allah, "Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahu Akbar", sambil memohon perlindungan daripada Allah SWT.
Memang ngeri situasi ini!
10September 4, 2026 420 1