SIMBOL KEBEBASAN PALESTIN DI BERLIN, LAYANG-LAYANG DITERBANGKAN DAN KASUT KANAK-KANAK DISUSUN RAPI
Dari pusat bandar Berlin, Jerman, lahir satu pemandangan yang sangat menyayat hati sewaktu perhimpunan solidariti buat Palestin.
Seorang peserta kelihatan mengalirkan air mata sambil memegang erat sebuah layang-layang yang dihiasi warna bendera Palestin.
Di sekelilingnya, beratus-ratus pasang kasut kanak-kanak disusun rapi di atas jalan menjadi simbolik kepada ribuan nyawa anak kecil yang telah dibunuh di Gaza.
Layang-layang yang seharunya menjadi lambang keceriaan zaman kanak-kanak kini diangkat sebagai simbol kebebasan dan harapan.
Pemandangan ini menjadi peringatan keras kepada dunia bahawa bagi anak-anak di Gaza, kegembiraan asas seperti bermain dan menerbangkan layang-layang juga telah dirampas dan digantikan dengan ketakutan serta kehilangan yang berpanjangan.
Walau selautan jarak memisahkan, doa dan suara kita tidak akan pernah terhenti buat mereka.
11September 4, 2026 354 1