LAYANG-LAYANG TERBANG DI UDARA, SIMBOL HARAPAN DAN SOLIDARITI BUAT… — 1 Ummah — TG.ME

1 UmmahPhoto
LAYANG-LAYANG TERBANG DI UDARA, SIMBOL HARAPAN DAN SOLIDARITI BUAT ANAK-ANAK GAZA

Di tengah-tengah tekanan dan ancaman penjajah Israel yang cuba menyekat pelbagai bentuk penentangan, sebuah aksi solidariti yang cukup menyentuh hati telah dijalankan di pelbagai negara.

Layang-layang diterbangkan tinggi ke udara sebagai simbolik sokongan terhadap hak anak-anak Gaza untuk bermain dan hidup dalam suasana selamat, hak paling asas yang kian dirampas daripada mereka.

Aksi penuh bermakna ini berlangsung selepas penjajah Israel mengeluarkan ancaman tindakan keras ke atas rakyat Gaza yang menerbangkan layang-layang atau melepaskan belon ke arah perbatasan.

Tak berdiam diri, puluhan aktivis berkumpul di hadapan Kedutaan Besar rejim di Washington DC, Amerika Syarikat. Dengan mengibarkan bendera Palestin, poster, dan belon bertuliskan “Free Gaza”.

Mereka menyampaikan mesej tegas kepada dunia tentang penderitaan kanak-kanak di Gaza yang kehilangan zaman persekolahan dan zaman kanak-kanak akibat kekejaman perang yang berpanjangan.

Biarpun sekadar sebuah layang-layang yang melayang di udara, ia membawa gema suara dan doa jutaan manusia yang inginkan kebebasan buat Palestin.

Sama-sama kita terus menyuarakan kebenaran dan menitipkan doa buat keselamatan anak-anak di Gaza
👍6
September 4, 2026 243