ORANG KAFIR INGAT ISLAM DAH KALAH, TAPI INI JANJI NABI ﷺ!
Dalam Perang Uhud, 70 orang sahabat terbaik syahid. Tak lama selepas itu, 10 orang lagi gugur dalam peristiwa Ekspedisi ar-Raji‘.
Paling menyedihkan, bila 70 orang sahabat yang juga penghafal Al-Qur’an (al-qurrā’) dibunuh dalam tragedi Bi’r Ma‘unah.
Masa tu, orang-orang kafir ingatkan Islam dah habis, dah kalah teruk.
Tapi Nabi Muhammad ﷺ berdiri gagah depan 10,000 tentera musyrik dalam Perang Khandaq dan bersabda, maksudnya :
“Aku pasti akan diberi kunci-kunci Syam, kunci-kunci Persia, dan kunci-kunci Yaman.”
Kemenangan adalah milik Allah. Orang kafir yang membunuh tetap akan ke neraka, tapi para pejuang yang terbunuh di jalan-Nya dah pun tenang menanti di syurga!

14
6
2September 4, 2026 490 3