Kuasa-kuasa besar sentiasa memerhati dinamika kuasa baharu: Adakah ia boleh dihapuskan? Adakah ia boleh dikawal? Atau adakah ia boleh diubah daripada ancaman menjadi rakan perundingan?
Menurut teori Realpolitik (seperti yang dianjurkan oleh Henry Kissinger), dasar luar sesebuah negara tidak dibina atas dasar penilaian moral individu, tetapi atas dasar imbangan kuasa dan kepentingan strategik (balance of power).
Transisi Pengiktirafan dan Realiti Ibnu Khaldun.
Perubahan drastik yang menyaksikan pembatalan ganjaran pemburuan, pengeluaran HTS daripada senarai pengganas, dan pembukaan hubungan diplomatik Britain adalah bukti penjenamaan semula legitimasi (re-legitimisation), bukannya bukti beliau dicipta di makmal perisikan.
Di samping itu, peranan Turki dalam mengimbangi situasi di Idlib sepanjang tahun-tahun lalu adalah jauh lebih dominan berbanding peranan AS atau Britain.
Namun, al-Sharaa sendiri melakukan langkah yang lebih penting: transisi daripada kepimpinan organisasi (tanzim) kepada pembentukan kerajaan (daulah).
Beliau menguruskan persaingan tempatan, membina institusi keselamatan, serta mentadbir wilayah.
Dalam konteks ini, pandangan Ibnu Khaldun mengenai konsep Asabiyyah dan Ghalabah (penguasaan) adalah lebih relevan berbanding teori konspirasi.
Sesuatu kelompok tidak mencapai kekuasaan hanya dengan slogan, tetapi dengan keupayaan menterjemahkan kekuatan sosial dan ketenteraan menjadi sebuah pemerintahan yang berdaulat.
Kejatuhan pantas rejim Asad yang bertahan puluhan tahun mungkin mengejutkan ramai pihak sehingga timbul andaian "pasti ada pakatan sulit".
Namun, sejarah membuktikan bahawa sesebuah rejim yang mereput dari dalam akan tumbang dengan pantas apabila ditolak oleh kekuatan baharu yang tersusun.
Diplomasi Sebagai Strategi Pembebasan
Langkah Ahmad al-Sharaa dan pasukannya (termasuk tokoh seperti As'ad al-Sheibani dan Abdurrahim Atoun) yang membuka pintu rundingan dengan pihak Barat bukanlah tanda "pembelotan", melainkan pembacaan yang tepat terhadap imbangan kuasa antarabangsa.
Sebuah gerakan (tanzim) boleh bertahan dengan akidah dan senjata, tetapi sebuah negara (daulah) memerlukan sempadan, perdagangan, sistem perbankan, dan pengiktirafan diplomatik.
Membuka laluan diplomasi sebelum sampai ke Damsyik adalah langkah strategik untuk memastikan kejayaan ketenteraan tidak berakhir dengan pengepungan dan sekatan ekonomi ke atas Syria Baharu.
Pengajaran ini dapat dilihat dalam pengalaman Taliban di Afghanistan. Walaupun berperang dengan AS selama 20 tahun, mereka akhirnya duduk berunding di Doha pada tahun 2020.
Tiada analisis waras yang mendakwa Taliban adalah rekaan CIA hanya kerana mereka berunding dengan Washington.
Ujian Sebenar Ahmad al-Sharaa
Membuka saluran perhubungan dengan kuasa besar bukanlah bukti keahlian agen, sebagaimana menempelkakan slogan anti-Barat bukanlah bukti kebebasan mutlak.
Ujian sebenar bagi Ahmad al-Sharaa dan pentadbirannya terletak pada keupayaan mereka memelihara kebebasan membuat keputusan (independent decision-making) demi kepentingan rakyat Syria apabila bertembung dengan tuntutan Washington, London, mahupun telunjuk serantau.
Adakah persefahaman diplomatik ini menjadi alat untuk membebaskan dan membina Syria, atau adakah projek Syria Baharu itu yang akhirnya terperangkap dalam percaturannya?
Waktu dan pendirian tegas mereka yang bakal menentukan jawapannya.
Penulis: Ahmad al-Rashid (Penulis Politikus Qatar)
Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid
Telegram
1 Ummah
1 Ummah

10
2September 3, 2026 416 1