MENGAKU ISLAM TAPI LEBIH SUKA KAFIR HARBI
SOALAN :
Sekarang makin ramai orang yang mengaku Islam tetapi mereka lebih suka kepada kafir harbi berbanding orang mukmin lebih-lebih lagi para ulamak.
Soalan saya apakah hukumnya perbuatan mereka itu dan di akhirat nanti di manakah kesudahan mereka?
JAWAPAN :
Kafir harbi artinya orang kafir yang wajib diperangi maka kerana itu haram orang Islam suka atau kasih akan kafir harbi dan dia berdosa besar dan di dunia dia adalah seorang fasiq dan jika dia halalkan perbuatannya itu maka dia telah murtad.
Adapun di akhirat nanti maka seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia suka di dalam dunia.
Telah ijmak bahawa sekelian orang kafir akan dihimpunkan sebagai musuh Allah di akhirat nanti kemudian akan di bawa ke neraka maka orang Islam yang suka akan ahli neraka juga akan ke neraka.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. Nabi sollalahu alaihi wasallam bersabda :
أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
Artinya : “Kamu nanti akan bersama dengan orang yang kamu suka.” (Hadith riwayat Bukhari)
Maksudnya jika kamu kasih kepada orang mukmin di dalam dunia maka di akhirat kamu akan bersama orang mukmin di syurga dan jika kamu kasih akan orang kafir di dunia maka di akhirat kamu akan bersama mereka di dalam neraka.
Kesimpulannya orang yang mengaku Islam tapi lebih kasih akan kafir harbi di dalam dunia maka di akhirat nanti dia akan bersama mereka di dalam neraka.
wallahua’lam
Kredit : ustaz azhar idrus
Twitter :
https://twitter.com/urusanmelayu
Telegram :
https://t.me/urusanmelayu
#UrusanMelayu

