Fitrah Aidilfitri: Kembali kepada Fitrah Sejati
Aidilfitri adalah hari yang dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan masa untuk menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Namun, di sebalik perayaan yang meriah, terdapat satu nilai yang sering dilupakan iaitu fitrah manusia yang asal.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Ar-Rum ayat 30:
> فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: "Maka hadapkanlah mukamu kepada dien dengan mematuhi fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah dien yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Ayat ini mengingatkan kita tentang kepentingan untuk kembali kepada fitrah yang sejati, iaitu Dien Islam. Fitrah merupakan keadaan semula jadi yang Allah ciptakan pada setiap manusia untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada-Nya.
Dalam konteks Aidilfitri, kita tidak seharusnya terlena dengan kegembiraan sementara perayaan ini tanpa mengingati asal usul kita sebagai hamba Allah yang dituntut untuk mematuhi ajaran dan hukum-hukumNya. Sebaliknya, kita sepatutnya menggunakan peluang ini untuk merefleksi kembali hubungan kita dengan Allah dan memperbaiki diri dalam mencapai fitrah sejati.
Oleh itu, dalam menyambut Aidilfitri, marilah kita tidak hanya meraikan kemenangan berpuasa (menahan diri), tetapi juga mengingati tujuan sebenar kita sebagai hamba Allah yang patuh dan taat kepada-Nya. Dengan demikian, kita dapat memperkasa fitrah kita sebagai umat Islam yang benar-benar bertaqwa.
#TheMessage
#kedamaianyangdirindu
#StayFitRah













