Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan
MAKLUMAN NAIK TARAF DAN PENUTUPAN SEMENTARA ADVANCED INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS)
Kerja-kerja menaik taraf AINS akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan prestasi perkhidmatan platform tersebut. Berikut adalah ringkasan pelaksanaannya:
1. Tempoh Penutupan Sistem
Ditutup bermula 10 Ogos 2026 (6.00 petang) dan dijangka beroperasi semula pada 24 Ogos 2026.
1. Tindakan Pengguna (Murid)
Aktiviti bacaan diteruskan seperti biasa.
Perekodan bacaan dilaksanakan secara manual dan dikunci masuk selepas sistem kembali beroperasi.
1. Pengenalan 7 Modul Baharu
-Modul Pengisian Secara Pukal
-Modul Single Sign-On (SSO) DELIMa
-Modul Voice-to-Text
-Modul Pusat Sumber Bacaan
-Modul Pengayaan
-Modul Peta Lokasi Pusat Bacaan
-Modul AI dan Chatbot














