SESI LIBAT URUS PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI 2026
Sesi Libat Urus Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 bersama Pengetua, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Admin DELIMA sekolah menengah Negeri Sembilan seramai 127 orang ini telah berlangsung pada 20 Julai 2026 (Isnin), jam 9.30 pagi secara dalam talian.
Majlis disempurnakan dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Puan Khalidah binti Haji Omar, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua sekolah atas komitmen yang telah ditunjukkan sehingga Negeri Sembilan berjaya mencapai 30.46% kadar penebusan, melibatkan 28,968 orang murid. Tahniah turut diberikan kepada Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol yang menjadi sekolah pertama mencapai 100% penebusan baucar melibatkan 48 orang murid.
Dalam ucapannya, beliau menyeru semua sekolah menjayakan Hari Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 serta memastikan semua murid yang layak menebus baucar dan melengkapkan proses pembelian sehingga selesai. Sesi diteruskan dengan taklimat oleh Encik Mohd Khairulanuar bin Manshor, Pengurus Bahagian Industri & Korporat, Perbadanan Kota Buku, berkaitan pelaksanaan penebusan Baucar Buku MADANI 2026.
https://www.facebook.com/share/192UtZgtB2/?mibextid=wwXIfr








