*Nasihat buat kaum lelaki sempena hari Jumaat*
Kadang-kala kita akan lihat sebahagian kaum lelaki datang lewat ke masjid. Adakalanya imam nak dekat iqamah baru mereka sampai. Pernah jua di satu tempat, hampir ramai yang terlepas solat Jumaat kerana sudah biasa datang lewat, dan tiba-tiba imam hari itu membaca khutbah yang pendek.
*Kewajipan Mendirikan Solat Jumaat*
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (9)
Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk mendirikan solat pada hari Jumaat, bersegeralah pergi untuk mengingati Allah, dan tinggalkanlah jual beli. Itu lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui [Al-Jumu'ah: 9].
Daripada Abu Hurairah dan Ibn 'Umar radiallahu 'anhuma, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ "
Hendaklah manusia berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutupi hati mereka dan mereka akan tergolongan daripada golongan yang lalai. [Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, no: 865].
Daripada Thoriq bin Syihab radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda:
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ " .
Solat Jumaat wajib ke atas setiap Muslim secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu: Hamba, wanita, kanak-kanak dan orang yang sakit. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Solat, no: 1067. Imam Abu Daud berkata: Thoriq bin Syihab pernah melihat nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, akan tetapi tidak pernah mendengar daripada baginda. Akan tetapi ia tidaklah mencacatkan kesahihan hadis ini kerana ia termasuk dalam mursal sahabi].
Sewajarnya sebagai seorang Muslim, kita sudah berada di masjid sekurang-kurangnya apabila masuknya waktu Zuhur, atau paling kurang apabila azan kedua dilaungkan, kita sepatutnya sudah berada di masjid.
Sesiapa yang mampu hendaklah berusaha hadir awal ke masjid kerana terdapat dalil khas berkaitan hal ini.
Daripada Aus bin Aus radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,
وَغَدَا وَابْتَكَرَ
dan dia pergi awal (ke masjid),
وَمَشَى وَلَمْ يَرْكَبْ
berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan,
وَدَنَا مِنَ الإِمَامِ وَأَنْصَتَ وَلَمْ يَلْغُ
dia duduk berhampiran imam dan mendiamkan diri dan tidak berkata yang sia-sia,
كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ " .
Maka dengan setiap langkahnya, dia memperolehi ganjaran beramal selama setahun. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, no: 1395].
Dalam riwayat lain:
كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا
Maka dengan setiap langkahnya, dia memperolehi pahala beramal selama setahun, iaitu puasa dan solat malam (selama setahun).
[Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, no: 1392].
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ، ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ،
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta,
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ،
sesiapa yang pergi pada jam yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu betina,
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ،
dan sesiapa pergi pada jam yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ،
dan sesiapa yang pergi pada jam yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,