Setel kena denda BNM RM637,500 App guna bayar minyak kat Petronas tu… — DausDK — TG.ME

Setel kena denda BNM RM637,500

App guna bayar minyak kat Petronas tu kena denda Bank Negara. Duit dalam wallet korang selamat ke? 😱

🏦 Sebab Setel simpan dan gerakkan duit orang ramai, BNM layan Setel sama macam bank biasa. Maknanya wajib ikut peraturan Targeted Financial Sanctions (TFS), iaitu sekatan ke atas nama-nama yang disyaki terlibat pembiayaan keganasan.

📋 Bila kerajaan keluarkan Senarai Domestik, platform macam Setel ada 3 langkah wajib
Update database sekatan sebaik senarai keluar
Imbas semula semua pelanggan sedia ada
Sahkan nama yang berpotensi padan tu betul-betul orang sama

Setel gagal ketiga-tiganya. Maknanya kalau ada nama yang sepatutnya kena block, tak ada apa yang stop dia top up dan gerakkan duit dalam Setel.

🔍 Yang buka kes ni pun Setel sendiri. Setel lapor beberapa nama kat BNM, tapi BNM pergi periksa proses saringan keseluruhan, dan situ semuanya terbongkar.

📅 Denda dikenakan 15 April 2026, Setel bayar habis 6 Mei 2026, dan SOP serta sistem saringan dah dinaik taraf.

Untuk pengguna, tak ada sesen pun hilang dan data tak bocor. Yang gagal bukan sistem yang jaga duit korang, tapi peraturan tapisan yang tak dijalankan betul-betul.

💬 Korang akan terus guna Setel, atau nak balik pakai cash dan kad bank je? Cuba komen sikit 👇🏻
❤5
August 27, 2026 894 2