BANJIR NEPAL — apa sebenarnya jadi, dalam 10 slide
8:37 pagi, 26 ogos. langit cerah, hujan pun x de. pastu dalam 12 saat, pelabuhan sempadan gyirong hilang terus — ada rakaman cctv dgn jam terbakar atas skrin, daus letak dalam slide 2.
PUNCA
bukan hujan, gempa pun bukan. sekeping glasier gugur dari cerun langtang lirung, ketinggian 5,200 meter. jatuh 1,200 m, luncur 22 km. hentaman kuat sampai ais terus jadi air, sapu tanah batu sepanjang gaung, jadi banjir lumpur. usgs mula2 rekod gempa 4.4, check balik rupanya bunyi gunung runtuh.
ANGKA (setakat 28 ogos, masih berubah)
- 389 maut disahkan di nepal, +3 di tibet
- lebih 1,400 masih hilang, termasuk 668 pelancong dari 34 negara
- 55 rakyat malaysia x dapat dihubungi — termasuk rombongan ziarah gunung kailash & 2 anggota bomba
- setakat ni TAKDE kematian rakyat malaysia disahkan. wisma putra pesan: jgn spekulasi
PART PALING MENYENTAP
amaran memang keluar. 679,295 sms dihantar 9:15 pagi — 38 minit lepas glasier gugur. air baru sampai chitwan 1:30 tengahari. 4 jam lebih masa amaran.
dan chitwan tetap kehilangan 132 orang. daerah paling dekat dgn gunung? 17 je. sbb jarak menipu — depa rasa selamat, langit atas kepala cerah. air dari hulu tetap mai.
ADA LAGI
empangan upper trishuli-1 — projek usd647 juta, dah siap 84%, sepatutnya bekal 10% elektrik satu nepal. satu pagi je 90% empangan atas musnah. 9 pekerja korea masih hilang.
dan bahaya belum habis — ada tasik baru tengah membesar sekarang ni, nepal dgn china dua2 dah keluarkan amaran.
pengajaran: kalau hang duduk kat hilir mana2 sungai, bahaya hang ditentukan oleh apa yang jadi kat hulu, bukan cuaca atas kepala hang.
forward kat org yang duduk tepi sungai.
4
1August 28, 2026 716 1









