DausDK: post #12172 — TG.ME

😷 Ekonomi Malaysia boleh rugi RM50 juta sehari angkara jerebu

Penganalisis anggarkan jerebu sekarang buat ekonomi Malaysia rugi RM20 juta hingga RM50 juta sehari. Sebulan boleh cecah RM1.5 bilion.

Setakat 25 Ogos, 29 kawasan rekod IPU tahap tidak sihat. Sehari sebelum tu baru 12 je.

Rugi ni bukan datang dari bil hospital. Yang paling besar adalah produktiviti dan pendapatan yang hilang.

📉 Corak sama berulang:
• Jerebu 1997, kehilangan produktiviti je dah 48% daripada total kerugian
• Jerebu 2013, kajian IDEAS anggar peluang pendapatan hilang 64%
• Kos kesihatan? 4.4% je

Tapi KDNK belum perlu disemak turun. Beberapa hari IPU 100-180 tak cukup ubah arah ekonomi.

⚠️ Baru bahaya bila:
• Jerebu bertahan 3 hingga 4 minggu
• Banyak kawasan lepas IPU 200
Sekolah tutup, penerbangan terganggu, kerja luar berhenti

🏗️ Sektor terdedah pembinaan, logistik, pelancongan, hotel, F&B dan pertanian. Kawasan pantau Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, N9 dan Sarawak.

Part paling merisaukan 👀

Kalau jerebu jadi acara tahunan, pelabur asing akan kira kos kesihatan pekerja sebelum bina kilang kat sini. Pelancong pula elak terus bulan-bulan tertentu.

Bila tu jadi, jerebu bukan lagi bencana sementara. Dah jadi kos tetap tahunan dan terus jatuhkan daya saing negara.

Korang rasa Malaysia dah patut treat jerebu sebagai risiko ekonomi tetap? Cuba komen sikit 👇
💯4
August 28, 2026 738