PRESIDEN UAE MEMBERIKAN KEAMPUNAN KEPADA PENYAIR MESIR ABDUL RAHMAN… — 1 Ummah — TG.ME

PRESIDEN UAE MEMBERIKAN KEAMPUNAN KEPADA PENYAIR MESIR ABDUL RAHMAN AL-QARADAWI (ANAK SYEIKH YUSUF QARADAWI)

Presiden UAE, Mohamed bin Zayed Al Nahyan dilaporkan telah mengeluarkan pengampunan presiden buat penyair dari Mesir, Abdul Rahman al-Qaradawi.

Pengampunan ini diberikan selang beberapa hari selepas beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda sebanyak 200,000 dirham oleh Mahkamah Rayuan Persekutuan Abu Dhabi.

Abdul Rahman, yang juga merupakan anak kepada almarhum ulama terkemuka Syeikh Yusuf al-Qaradawi, sebelum ini telah ditahan di Lubnan pada penghujung tahun 2024 selepas pulang dari Syria atas waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mesir dan UAE.

Tindakan itu berpunca daripada satu muatan video yang dimuat naik oleh beliau ketika berada di Damsyik yang mengkritik pihak berkuasa Mesir, UAE, dan Arab Saudi, sebelum pihak Lubnan menyerahkannya kepada UAE pada Januari 2025.

Keputusan pengampunan ini sekurang-kurangnya membawa lega buat keluarga dan mereka yang mengikuti perkembangan kes beliau.
👎1
September 5, 2026 234