IRAN MENDAKWA TELAH MELANCARKAN SERANGAN PELURU BERPANDU BALLISTIK… — 1 Ummah — TG.ME

IRAN MENDAKWA TELAH MELANCARKAN SERANGAN PELURU BERPANDU BALLISTIK BERAT KE ATAS PANGKALAN UDARA PRINCE HASSAN DAN PANGKALAN MARIN AMERIKA DI JORDAN.

Serangan ini dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan tentera AS sebelumnya yang mengorbankan orang awam.

Ekoran kejadian itu, Kuwait mengesahkan pertahanan udaranya kini giat bertindak balas terhadap serangan dron, manakala Bahrain pula memaklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan dron-dron dari Iran.

Sebelum ini, Perintah Pusat AS (CENTCOM) menyatakan pasukannya telah melancarkan gelombang serangan ke atas sasaran Iran pada 1 September, sebagai respon terhadap percubaan serangan Iran ke atas kapal komersial dan anggota tentera Amerika.

Media rasmi Iran melaporkan siri letupan berlaku di pelbagai lokasi selatan, termasuk Asaluyeh, Jiroft, Bandar Abbas, Pulau Qeshm, Konarak, Chabahar, Jask, Sirik, dan Lavan.
🔥10
September 2, 2026 570 1 1