BENJAMIN NETANYAHU SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI SELAMATKAN DIRI!… — 1 Ummah — TG.ME

1 UmmahPhoto
BENJAMIN NETANYAHU SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI SELAMATKAN DIRI!

​Dunia sedang menyaksikan bagaimana seorang penjenayah perang sanggup mengheret seluruh rantau ke kancah kehancuran semata-mata untuk menyelamatkan tengkuk sendiri!

​Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kini berada di persimpangan paling terdesak. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan kes rasuah tempatan (Kes 1000, 2000, dan 4000) serta waran tangkap daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang dan pembersihan etnik di Gaza, malah kerusi kekuasaannya juga kini bergoyang menjelang pilihan raya akan datang!

​Mengapa dia begitu kemaruk untuk terus bertapak di puncak kuasa?

​Sebab dia memerlukan kuasa politik ini sebagai perisai utama untuk mengelak daripada meringkuk di dalam penjara atau diseret ke muka pengadilan antarabangsa!

​Sebab nak mengalih pandangan rakyatnya daripada kes rasuah dan kegagalan perang, dia sengaja memanjangkan konflik dan mencipta naratif ancaman baharu untuk menakut-nakutkan pengundi!

Gilanya politik individu ini, nyawa ratusan ribu rakyat Palestin dan masa depan rantau ini dijadikan cagaran semata-mata mahu mengelak daripada dijatuhkan hukuman!

​Inilah hakikat sebenar "pemimpin" yang disanjung oleh konco-konconya. Dia bukannya berjuang demi keselamatan sesiapa, tetapi memperalatkan perang dan kuasa semata-mata untuk mengelak daripada menerima pembalasan atas segala jenayah kejam dan rasuah yang dilakukannya!
💯12
August 30, 2026 613 2 1