Sila Abu Karim, si cilik berusia enam tahun dari Kem Pelarian Maghazi, Gaza, kini terpaksa menanggung penderitaan yang perit.
Hidupnya berubah sekelip mata selepas tulang belakang dan sumsum tulangnya rosak teruk akibat terkena serpihan peluru berhampiran rumah keluarganya.
Kecederaan parah itu menyebabkan Sila langsung tak mampu berdiri atau duduk seperti anak-anak lain.
Tubuhnya kini kekal membongkok hingga kepalanya menjadi sangat dekat pada bahagian perut.
Keluarganya merayu agar Sila dapat dibawa keluar negara dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan pakar.
Jika lambat, peluang untuk dia kembali berjalan, bermain, dan menikmati masa kecil yang normal mungkin akan hilang selamanya.
Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan ajaib buat Sila Abu Karim, angkatlah kesakitannya, dan bukakanlah jalan buatnya mendapatkan rawatan terbaik.
12September 2, 2026 296 4



