JERMAN LULUSKAN LESEN SENJATA €799 KEPADA ISRAEL, IANYA NAIK 4 KALI GANDA! 😡😡😡
Data rasmi memaparkan tindakan hipokrit kerajaan Jerman apabila meluluskan lesen eksport senjata bernilai €799 juta (hampir RM4 bilion) kepada penjajah Israel bagi separuh pertama tahun 2026 sahaja!
Jumlah ini tersangat gila sebab angka tu melonjak hampir 4 kali ganda berbanding keseluruhan nilai eksport sepanjang tahun 2025.
Paling menyakitkan hati, sebahagian besar kelulusan ini merangkumi projek ketenteraan kapal selam dan kelengkapan perang.
Di media kononnya kecam kezaliman dan risaukan nasib rakyat Palestin, tapi di belakang senyap-senyap tukar dan tambah bekalan senjata untuk penjajah itu terus membantai rakyat Gaza.
Hakikatnya mereka tetap rakan subahat yang menyalurkan dana serta kelengkapan untuk teruskan penindasan.

10September 3, 2026 230