EMPATI DAN KOMITMEN PRESIDEN AHMAD AL-SHARAA TERHADAP KELUARGA MANGSA… — 1 Ummah — TG.ME

EMPATI DAN KOMITMEN PRESIDEN AHMAD AL-SHARAA TERHADAP KELUARGA MANGSA YANG HILANG

Presiden Ahmad al-Sharaa menyampaikan rasa empati yang mendalam ketika bertemu dengan keluarga-keluarga individu yang hilang, dengan menyatakan bahawa beliau memahami sepenuhnya penderitaan yang mereka alami.

Kata beliau, "Kami merasai kesakitan ini kerana kami sendiri pernah mengalaminya. Kami pernah melalui saat-saat ketika kami juga dianggap sebagai orang yang hilang, dan ibu saya menunggu saya selama 7 tahun,".

Kenyataan peribadi ini menyentuh hati ramai dan menunjukkan komitmen mendalam pentadbiran beliau dalam menangani isu kemanusiaan ini secara bersungguh-sungguh.
❤6👍2😢1🤣1
September 3, 2026 281