DAHSYATNYA! BANJIR LUMPUR SETINGGI 20 TINGKAT MENGHEMPAS SEMPADAN… — 1 Ummah — TG.ME

DAHSYATNYA! BANJIR LUMPUR SETINGGI 20 TINGKAT MENGHEMPAS SEMPADAN NEPAL-CHINA!

Satu laporan daripada wartawan CCTV di lokasi sempadan Jiulong mengesahkan betapa dahsyatnya bencana alam yang berlaku di kawasan pergunungan tersebut.

Berdasarkan kesan laluan yang ditinggalkan oleh rempuhan banjir, para pengkaji menyimpulkan bahawa telah berlaku aliran lumpur gergasi setinggi 60 meter yabg bersamaan ketinggian sebuah bangunan 20 tingkat!

Lebih menggerunkan, gelombang lumpur dahsyat itu meluncur laju pada kelajuan 180 kilometer sejam.

Dari puncaknya, aliran gergasi ini hanya mengambil masa kira-kira 7 minit sahaja untuk sampai dan menghempas semua yang berada di laluannya.

Bagi mereka yang berada di lokasi kejadian, pemandangan ngeri itu digambarkan seolah-olah langit runtuh dan bumi terbelah di hadapan mata.

Maha Suci Allah yang memperlihatkan betapa kerdilnya manusia di hadapan kekuasaan dan kehebatan alam-Nya.

SUBHANALLAH
😢8
September 4, 2026 412 2
DAHSYATNYA! BANJIR LUMPUR SETINGGI 20 TINGKAT MENGHEMPAS SEMPADAN… — 1 Ummah — TG.ME