BANTAHAN DI AUSTRALIA KERANA PEMBABITAN TENTERA ISRAEL DALAM SYDNEY MARATHON!
Gelombang penolakan terhadap kezaliman penjajah Israel terus bergema di seluruh dunia.
Di Australia, para penunjuk perasaan berhimpun sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk menentang penjajahan haram yang dilakukan oleh Israel.
Aksi bantahan ini diadakan khusus bagi menolak pembabitan anggota tentera Israel dalam acara sukan antarabangsa, Sydney Marathon.
Para peserta menegaskan bahawa kejohanan sukan tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk memberi pentas atau pembersihan imej (legitimasi) kepada anggota tentera yang terlibat dalam kejahatan perang di Gaza.
Suara keadilan tidak akan pernah senyap! Sama-sama kita terus menyuarakan kebenaran demi saudara-saudara kita di Palestin.
9September 4, 2026 356 1