AFGHANISTAN SELEPAS AMERIKA 'LARI MALAM'! Selepas berjaya mengusir… — 1 Ummah — TG.ME

AFGHANISTAN SELEPAS AMERIKA 'LARI MALAM'!

Selepas berjaya mengusir kuasa besar AS, Afghanistan kini makin rancak membuktikan keupayaan mereka untuk bangkit berdikari melalui pembangunan industri tempatan.

Terbaru, pengeluaran motosikal elektrik buatan tempatan di wilayah Herat menjadi bukti nyata kemajuan mereka!

Kejayaan ini sekali gus menempelak persepsi dangkal golongan yang sering pandang rendah dan anggap pejuang Islam tak tahu mentadbir atau memimpin pembangunan moden.

Hakikat di lapangan sama ada di Afghanistan mahupun di bumi Syam membuktikan sebaliknya apabila keupayaan mentadbir dan membangunkan industri kini diterjemahkan secara nyata.

Ini sindiran yang sangat pedas buat golongan sekular. Semasa sesetengah pihak sibuk berleter, pihak yang ikhlas memperjuangkan tanah air pula diam-diam tampil memajukan sains, teknologi, dan industri tempatan demi kemakmuran rakyat.

Tukar punya tukar persepsi, memang tersentak puak yang suka pandang rendah bila tengok hasil kerja nyata macam ni!
❤13👏4
September 3, 2026 304