Assalamualaikum dan salam sejahtera.
*Doa Hari Rabu*
*26 August 2026M*
*13 Rabiul Awal 1448H*
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
*Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.*
Ya arhamarohimin 3x.
*Ya Allah, kami memohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.*
Ya Allah, jadikan awalnya sebagai rahmat, tengahnya sebagai nikmat dan akhirnya sebagai kemuliaan dan ampunanMu.
*Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan kehidupan pada hari ini bagi meraih keredaanMu ya Allah.*
Ya Allah, kami pohon ke hadratMu ya Allah, ampunilah dosa kami, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah tubuh badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikan lah hajat kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap perkara.
*Ya Allah, anugerahkanlah kami sebuah hati yang tidak pernah membenci, senyuman yang tak pernah pudar, sentuhan yang tak pernah menyakiti, kejujuran yang tidak pernah berhenti, dan sebuah hati yang mudah memaafkan.*
Ya Allah, kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik.
*Ya Allah, muliakan Islam & kaum muslimin. Bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin Palestine. Lindungilah mereka dari kekejaman Israel.*
Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.
*Ya Allah, berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga FirdausMu.*
Ya Allah, Ya Ghaffar, ampunilah dosa dan kesalahan kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa pasangan hidup kami, salah silap anak-anak menantu cucu & keturunan kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru2, ustaz/ustazah kami, dosa sahabat- sahabat kami dan dosa jiran-jiran kami serta kesalahan sekalian muslimin dan muslimat walaupun di mana sahaja mereka berada samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
*Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluargànya serta para sahabatnya.*
Segala puji-pujian hanyalah untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ