Pernah rasa penat jadi orang baik? Rasa macam kita saja yang gigih jaga hati orang, tapi orang lain senang-senang saja pijak kita.
Kalau kita buat baik sebab mengharapkan balasan manusia, memang kita akan selalu 'breakdown'.
Sebab hati manusia ini sifatnya berbolak-balik.
Pagi dia puji kita melambung, petang nanti belum tentu dia ingat jasa kita.
Berhenti jadikan reaksi manusia sebagai kayu ukur nilai kebaikan kita.
Kalau kita nak ikutkan hati yang tengah panas, memang rasa nak balas balik setiap luka yang mereka beri. Ikut mulut, macam-macam 'skrip' pedas boleh keluar.
Tapi ingat, kekuatan yang sebenar bukan pada siapa yang paling handal bertumbuk atau menang bertekak.
Kekuatan paling luar biasa adalah bila kita berjaya tahan lisan dan kawal kemarahan saat hati tengah membara.
Pilih untuk terus jadi baik bukan kerana mereka baik, tapi kerana itu prinsip kita. Kita buat baik untuk Tuhan, bukan untuk kumpul 'rating' di mata manusia.
Bila niat sudah betul, orang nak hargai atau tidak, itu sudah tidak jadi kudis.
Bila kita sabar, kita sebenarnya sedang menjemput ketenangan yang orang lain tak nampak.
Biarlah dunia tak balas jasa kita, asalkan Pencipta dunia sentiasa ada bersama kita.
Sebab janji-Nya jelas…Allah sentiasa bersama mereka yang memilih jalan kebaikan.
Teruskan jadi baik. Lagipun, kalau semua orang nak jadi jahat sebab kecewa, nanti makin stres pula kita nak hidup dalam dunia ini, kan?
#nasihathariini
•ᥫ᭡• @tenangdalamujian