Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & selamat sejahtera.
Kepada ibu bapa / waris yang dihormati,
Untuk makluman dan perhatian bersama, dana PIBG SMK JAWI bagi tahun 2026 kini berada pada tahap yang masih rendah, sedangkan kita telah menghampiri CUTI AKHIR TAHUN 2026 dan hanya berbaki 57 hari
Kami memahami bahawa sumbangan PIBG tidak diwajibkan. Namun begitu, pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa dan waris dapat bersama-sama membantu melalui sumbangan walaupun secara berdikit-dikit. Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat besar maknanya dalam memastikan pelbagai program dan aktiviti untuk kemenjadian anak-anak SMK JAWI dapat terus dilaksanakan terutama yang melibatkan akademik.
Pihak sekolah sememangnya menerima peruntukan kerajaan, namun kita juga perlu memahami bahawa peruntukan tersebut adalah terhad dan perlu diagihkan bagi memenuhi pelbagai keperluan sekolah. Dalam masa yang sama, kita mahu memberikan pengalaman pembelajaran, pembangunan sahsiah, kokurikulum, sukan dan program kecemerlangan yang terbaik kepada anak-anak kita. Sebahagian daripada program berimpak tinggi ini memerlukan kos tambahan yang tidak dapat ditampung sepenuhnya melalui peruntukan sedia ada.
Pihak sekolah sentiasa berusaha memastikan setiap program dirancang dengan teliti, berhemah dan mengikut kemampuan kewangan. Namun, dengan semangat kebersamaan antara sekolah, ibu bapa dan PIBG, kita mampu melakukan lebih banyak untuk anak-anak kita.
Justeru, marilah kita bersama-sama menyumbang kepada dana PIBG agar perjalanan anak-anak kita dalam menimba ilmu, membina pengalaman dan mengembangkan potensi tidak terhenti hanya kerana kekangan kewangan.
Kepada ibu ayah yang telah menyelesaikan sumbangan PIBG, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan. Kepada yang masih belum berkesempatan, pihak sekolah dengan penuh rendah hati memohon agar dapat bersama-sama menjayakan usaha ini mengikut kemampuan masing-masing.
Sumbangan kita hari ini mungkin kecil nilainya, tetapi besar maknanya kepada masa depan anak-anak kita.
JOM KITA PAKAT SUMBANG DANA PIBG SMK JAWI TAHUN 2026 SECARA MAKSIMUM
PIBG PERKASA, SEKOLAH BITARA, ANAK-ANAK BIJAKSANA.
Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan kepercayaan ibu bapa/waris kepada pihak sekolah. Anak-anak / jagaan anda sedang mencapai potensi diri dan kemenjadian yang cemerlang dengan adanya sumber kewangan yang mapan dan kukuh melalui pelaksanaan program & aktiviti berimpak tinggi. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan semoga Allah terus melimpahkan rahmat & rezeki kepada Tuan/Puan semua.
#JiwaiAmanahWajarkanImpian
#oneteamonegoal