🎨 TUGASAN PILIHAN SENI VISUAL
Tema: Ekspresi Cuti Saya 🏖
Murid-murid sedang menikmati cuti bersama keluarga, ibu bapa/penjaga, datuk dan nenek, atau mungkin ada yang berpeluang berjalan-jalan ke tempat menarik di dalam atau luar negara. Ada juga yang memilih untuk berehat, bermain atau meluangkan masa bersama orang tersayang. 👨👩👧👦
Kini, tibalah masa untuk kamu meluahkan pengalaman dan perasaan sepanjang cuti melalui karya seni! ✨
🖌 Arahan Tugasan:
Hasilkan sebuah lukisan yang menggambarkan perjalanan atau pengalaman cuti kamu.
Kamu boleh melukis:
🏖 Tempat menarik yang kamu kunjungi
✈️ Pengalaman melancong ke luar negara
👨👩👧👦 Aktiviti bersama keluarga
👵👴 Masa bersama datuk dan nenek
⚽️ Aktiviti bermain dan bersukan
🎮 Aktiviti yang kamu lakukan semasa berehat di rumah
🌳 Suasana alam semula jadi atau tempat yang paling kamu sukai
💭 Apa sahaja pengalaman cuti yang meninggalkan kenangan istimewa kepada kamu
Yang penting, tunjukkan ekspresi dan kreativiti kamu melalui lukisan! 🎨
✨ Gunakan warna, garisan, bentuk dan olahan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan, suasana dan kenangan cuti kamu.
Hasil kerja:
📌 Satu karya lukisan
📌 Gunakan kertas lukisan yang sesuai
📌 Warnakan dengan kemas dan kreatif
📌 Letakkan tajuk karya dan nama murid
Jadilah kreatif ! Tiada lukisan yang sama kerana setiap orang mempunyai cerita cuti yang berbeza. 🌈🎨
Tugasan hanya dihantar ke Google CLASSROOM sahaja. 💻
Selamat berkarya dan selamat menikmati cuti ! 😊