Buli bukan isu sekolah semata-mata. Ia isu seluruh negara.
Buli bukan lagi sekadar usik-mengusik.
Hari ini,
ia boleh meragut masa depan... malah nyawa.
Untuk pengetahuan semua,
Mulai sekarang,
kes buli bukan lagi sekadar dikenakan tindakan disiplin sekolah.
Kita dah ada AKTA KHAS untuk isu buli tidak kira di sekolah atau di institusi pengajian tinggi.
Akta apa tu Cikgu?
AKTA 876
Akta Antibuli 2026
MAKA,
Buli bukan sekadar gurauan.
Buli ada akibat.
Dan kini,
Akta 876 Antibuli memastikan setiap perlakuan buli dipandang serius
Dalam Akta ini ia terkandung sebanyak :
➡️ 9 Bahagian
➡️ 54 Seksyen
Dengan Akta 876 Antibuli,
pelaku boleh berdepan tindakan mengikut undang-undang.
Kalau uolls lihat Bahagian II dalam Akta 876 ini,
Ada diterangkan tentang definisi BULI dalam :
Seksyen 3
subseksyen 1
subseksyen 2 (a, b, c, d)
Yang paling Cikgu tertarik adalah pada Subseksyen 2a dimana jelas dinyatakan iaitu :
➡️ Buli yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk perbuatan yang berikut:
"(a) apa-apa perbuatan yang menyebabkan kemudaratan fizikal kepada mangsa atau BARANG KEPUNYAANNYA"
Hati-hati gaisss...
Dok kacau kotak pensel anak orang pun boleh caj atas Akta 876 sekarang ni. 😁
Ingat tu,
BULI bukan sekadar melanggar peraturan sekolah sahaja.
TAPI,
Anda sedang melanggar peraturan serta undang-undang negara Malaysia.
JADI,
Fikir dalam-dalam sebelum rasa diri tu nak buat AKSI serta tindakan yang merepek!
Sumber: FB Cikgu Azril












