📢 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM SISTEM MOEIS
BANTUAN KWAPM FASA 2 (KECICIRAN)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada semua waris murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
SEMUA WARIS dikehendaki mengemas kini maklumat berikut dalam sistem MOEIS dengan
KADAR SEGERA PADA ATAU SEBELUM 25 OGOS 2026 (25/08/2026) :
Pendapatan kasar penjaga/ibu bapa
Jumlah tanggungan termasuk penjaga/ibu bapa
Maklumat ini amat penting kerana akan digunakan bagi tujuan permohonan Bantuan KWAPM Fasa 2 (Keciciran).
Kegagalan mengemas kini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan murid yang layak tercicir daripada proses permohonan bantuan KWAPM Fasa 2.
Sehubungan itu, kerjasama semua waris untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap, tepat dan terkini amatlah diharapkan.
Waris boleh merujuk guru kelas anak masing-masing jika timbul sebarang masalah.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak waris amat dihargai.
Sekian, terima kasih.














