MELAKA, 25 Ogos 2026 – Perarakan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”. Program bermula pada jam 7.30 pagi di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit dan berakhir di Dataran Pusat Islam Melaka.
Perarakan melibatkan sebanyak 101 kontinjen daripada pelbagai jabatan, agensi, institusi pendidikan dan organisasi. UiTM Cawangan Melaka yang merupakan kontinjen ke-71 turut mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 75 orang. Kontinjen tampil penuh semangat dan keceriaan sepanjang perarakan.
Lebih membanggakan, UiTM Cawangan Melaka telah menerima Anugerah Kontinjen Ceria Madani bagi Kategori Institut Pendidikan sebagai pengiktirafan terhadap keceriaan, kreativiti dan semangat kerjasama yang ditampilkan sepanjang perarakan.
Penyertaan ini mencerminkan semangat kebersamaan warga UiTM Cawangan Melaka dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul serta menghayati nilai dan akhlak mulia yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.




















