Mencintai Nabi tu bukan macam cinta kita sesama manusia biasa ni.
Cinta itu dengan makna kenal Nabi, belajar apa syariat yang Nabi bawa dan beramal dengannya. Tahqiq akidah yang Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam bawa, syariat zahir batin yang Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam bawa. (Tak lain tak bukan, mestilah melalui jalan para alim ulama' dah susun dalam 3 ilmu utama iaitu tauhid ,feqah dan tasawuf)
Kalau semata kata cinta saja,
Tapi apa yang dituntut agama disyariatkan tak jaga, kita tak dapat nak kata itu cinta. 🥹
Semoga dikurniakan kefahaman dalam agama, diberikan taufiq hidayah buat kita semua aamin ya robbal 'alamin.
Sollu'Allannabiy. 💚🤍💚🤍
🤲🏻🌷







