15 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG DIALOG PRESTASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (DP PPD)
😎😎
1. Apakah itu Dialog Prestasi Pejabat Pendidikan Daerah (DP PPD)?
DP PPD ialah mekanisme pengurusan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) bagi meneliti maklumat dan data real-time berkaitan sekolah di daerah, mengenal pasti isu sebenar, dan menetapkan tindakan susulan pantas, segera dan kontekstual oleh pegawai PPD.
Ia bukan mesyuarat biasa, sebaliknya proses pengurusan berasaskan data bagi memperkukuh peranan PPD sebagai sistem sokongan kepada sekolah.
😎😎
2. Mengapa DP PPD diperkenalkan?
Matlamat utama DP PPD ialah memastikan PPD benar-benar berfungsi sebagai organisasi yang menyokong sekolah, bukan sekadar mengurus pentadbiran.
Melalui DP PPD, KPPD boleh menyemak prestasi pegawai, menilai keberkesanan bimbingan kepada sekolah, mengesan isu lebih awal dan mengambil tindakan segera sebelum sesuatu masalah menjadi lebih serius.
😎😎
3. Adakah DP PPD sama seperti Dialog Prestasi Nasional (DPN)?
Tidak.
DPN memberi fokus kepada prestasi akademik murid, seperti keputusan PBD, PBS, peperiksaan pertengahan tahun, percubaan SPM dan SPM.
DP PPD pula melihat keseluruhan ekosistem sekolah, termasuk:
keberkesanan sokongan pegawai PPD;
kualiti PdP berdasarkan bimbingan SISC+ dan SIP+;
isu guru dan opsyen;
kesejahteraan guru;
infrastruktur;
disiplin;
kebajikan murid;
isu buli, gangguan seksual dan lain-lain.
Persoalan Utama kedua-duanya berbeza. DPN bertanya "Mengapa prestasi akademik berlaku?", manakala DP PPD bertanya "Apakah yang PPD perlu lakukan untuk membantu sekolah?"
😎😎
4. Adakah sekolah perlu menyediakan data baharu untuk DP PPD?
Tidak.
Prinsip utama DP PPD ialah menggunakan data yang telah sedia ada dalam sistem PPD serta maklumat yang dikumpulkan oleh pegawai ketika turun ke sekolah.
Sekolah tidak perlu diarahkan menyediakan data baharu khusus untuk DP PPD.
😎😎
5. Jika begitu, dari mana datangnya data DP PPD?
Data diperoleh daripada pelbagai sumber seperti:
sistem sedia ada di PPD;
laporan lawatan pegawai;
dapatan bimbingan coaching & mentoring oleh SISC+ dan SIP+;
aduan;
pemerhatian dan pemantauan oleh pegawai;
maklumat berkaitan guru, murid dan sekolah.
DP PPD menggabungkan semua maklumat ini untuk menghasilkan gambaran sebenar keadaan sekolah.
😎😎
6. Adakah DP PPD akan menambahkan beban pengisian data oleh guru?
Tidak.
Maklumat yang digunakan ialah data sedia ada dan data yang dikumpulkan secara real-time oleh pegawai PPD melalui tugas sokongan mereka.
Oleh itu, guru tidak sepatutnya diminta menyediakan laporan atau data tambahan semata-mata untuk tujuan DP PPD.
😎😎
7. Adakah Pengetua, Guru Besar dan guru menghadiri DP PPD?
Tidak.
Keahlian DP PPD HANYA melibatkan warga PPD seperti KPPD, Timbalan PPD, Ketua Sektor, SISC+, SIP+, Kaunselor Organisasi dan pegawai yang ditetapkan oleh KPPD. Pengetua, Guru Besar dan guru tidak menjadi ahli DP PPD.
😎😎
8. Mengapa guru tidak dilibatkan?
Kerana DP PPD ialah mekanisme pengurusan dalaman PPD untuk menilai keberkesanan sistem sokongan yang diberikan kepada sekolah. Tumpuannya ialah tindakan segera dan pantas pegawai PPD, bukannya membentangkan prestasi sekolah kepada guru.
Maklumat daripada sekolah tetap digunakan, tetapi proses analisis dan penetapan tindakan penyelesaian masalah dilaksanakan oleh PPD.
😎😎
9. Adakah DP PPD bertujuan mencari kesalahan guru?
Tidak.
DP PPD bertujuan mengenal pasti isu supaya bantuan yang sesuai dapat diberikan. Antara tindakan yang boleh diputuskan termasuklah aspek penyesuaian guru mengikut opsyen, peningkatan bimbingan, penyelarasan sokongan, tindakan berkaitan kebajikan serta penyelesaian isu di sekolah.
😎😎
10. Adakah DP PPD akan membincangkan prestasi individu guru?
Perbincangan lebih tertumpu kepada isu profesional dan pola yang berlaku di sekolah berdasarkan data dan dapatan pegawai. Tumpuan utama adalah untuk mencari intervensi yang sesuai, bukan menghukum individu.
😎😎
11. Berapa kerap DP PPD diadakan?
Secara asasnya,