Dia kata, isteri dia selalu cakap, "Awak ni budak-budak. Pemikiran tak matang. Semua benda tak reti." Ayat yang sama, over and over again.
Sampai satu masa, depan orang ramai, isteri dia pernah cakap, "Nasiblah aku kahwin dengan orang macam kau. Tak matang. Itulah susah kahwin dengan orang muda ni."
Kak Kay tanya, "Tuan rasa apa?" Dia jawab, "Saya dah 12 tahun kahwin, Kak Kay. Saya dah mati rasa. Saya dah tak ada apa nak rasa."
Yang buat Kak Kay sedih, dia bukan datang sebab nak cerai.
Dia cuma kata, "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma nak bercakap. Saya rasa tak ada apa dah yang boleh dibuat dengan isteri saya."
Dia kerja dengan company US, waktu malam. Gaji banyak habis untuk rumah;bil, sewa, makan. Dia cuma simpan RM100, RM200 untuk diri sendiri.
Bila Kak Kay tanya, "Kalau Tuan boleh bagi nasihat dekat orang lain, apa Tuan nak cakap?"
Dia jawab, "Jangan kahwin dengan orang yang lebih tua." Kak Kay tanya kenapa. Dia kata, "Mungkin saya ni dapat perempuan macam ni.
Kadang-kadang dia pijak-pijak saya pun ada. Tapi saya diam. Saya tak nak gaduh."
Lepas tu dia tanya, "Saya ni macam budak-budak ke, Kak Kay?"
Waktu tu Kak Kay rasa sangat sedih. Sebab Kak Kay terfikir, lelaki ni boleh jadi anak lelaki Kak Kay.
Dan Kak Kay rasa, jadi lelaki zaman sekarang ni sangat-sangat susah. Perempuan sekarang semakin bijak. Dan bijak tu bukan masalah.
Tapi kadang-kadang kita ada trauma yang kita tak pernah settlekan.
Bila masuk relationship, pasangan pula yang kena hadap. Kita marah, merajuk, terasa, nak dipujuk...
Sampailah suami dah tak ada tenaga nak melawan. Dia cuma cakap, "Ikutlah kau." "Ikutlah." Kita ingat dia okay sebab dia tak bersuara. Padahal mungkin dia dah mati rasa.
Dan kita pula tak sedar yang kita rasa kita je betul. Kita je mudah terasa. Suami yang kena faham kita. Geng-geng wife dekat luar sana, kalau ada benda yang you tak puas hati dengan husband, jangan terus spill out semuanya.
Sebab mungkin masa tu bukan you yang sedang bercakap. Mungkin anxiety you yang bercakap. You kata, "Aku tak ada anxiety." Tapi bila husband tak balik, "Mana? Kat mana? Kenapa tak balik? Pergi mana?" Itu pun boleh jadi anxiety.
Kalau pasangan you jenis lembut dan tak melawan, jangan ingat dia okay. Sebab bukan perempuan je boleh mati hati. Lelaki pun boleh mati hati. Ramai sebenarnya suami yang baik.
Yang tolong jaga anak, bagi isteri me time, ikut isteri pergi pasar, cuba jaga hati isteri. Hanya kerana husband you tak complain pasal you, doesn't mean you are perfect. Hanya kerana dia tak attack you, doesn't mean you boleh attack dia over and over again. You kena belajar conflict management. You kena belajar the art of responding.
Dan paling penting, you kena tanya diri sendiri... "Aku ni defensive ke?" Sebab mungkin selama ni kita sibuk tengok salah pasangan, sampai kita tak pernah tengok apa yang kita buat dalam relationship tu.